Remaja – remaja zaman sekarang Sunday, Jan 4 2009 

Salam sejahtera semua. Saya ingin menyampaikan sebuah artikel dan pendapat mengenai remaja-remaja zaman sekarang.

Masyarakat Singapura mulai bimbang akan remaja-remaja hari ini kerana merekalah yang akan menguasai negara ini pada masa hadapan nanti.

Saya rasa remaja sekarang jauh lebih banyak punya tentangan dibandingkan remaja zaman dulu. Tentangan yang seringkali tidak mereka sedari. Tentangan yang seringkali mereka anggap adalah sesuatu hal biasa bahkan hal yang membuat perkara amat menyusahkan.

Bayangkan remaja-remaja zaman dahulu. Hiburan mereka tidak banyak, hanya saluran televisyen yang berwarna hitam dan putih, bermain-main di taman, dan komunikasi antara satu sama lain pun juga tidak seberapa. Remaja zaman sekarang pula sangat berlainan daripada yang dahulu. Apa mereka mahu semuanya mereka ada.

Ini membuat remaja zaman sekarang mempunyai mental yang kurang tahan banting yang juga dikatakan sebagai bermental “lembek”, kurang daya untuk berjuang, memilih jalan yang mudah. Ditambah dengan peran orang tua mereka yang semakin berkurang.

Apa akan jadi dengan negara kita pada masa hadapan nanti?

Perubahan atau evolusi yang berlaku dewasa kini merupakan salah satu kesan dari ledakan perkembangan teknologi canggih yang membawa masyarakat kearah keduniaan yang melampau.

Bagaimana pun teknologi bukanlah alasan untuk kita berubah dari peramah kepada pemarah atau manusia yang hilang pertimbangan hanya kerana perkara sebesar kuman. Tanpa teknologi kita tidak akan berjaya didalam bersaing diperingkat global dan glokal.

Justeru itu, bantuan dari pihak-pihak yang bertanggung jawap perlu amat diperlukan untuk diberikan kepada golongan muda ini didalam membentuk keperibadian yang cemerlang dan nila-nilai moral yang tinggi. Program-program keugamaan harus dipertingkatkan dan kem-kem kesedaran harus lebih banyak diwujukan untuk mengimbanggi keadaan masyarakat kini yang kian bertambah. 

Suatu ketika dulu anak-anak muda menghormati orang-orang tua.  Namun kini sifat-sifat sedemikian kian hilang dan yang tinggal hanyalah anak-anak muda yang mementingkan diri sendiri. Mereka hidup dicelah-celah timbunan cyber-cafe yang hanya membentuk dunia khayalan dan menjanjikan keseronakan sementara. 

Sekarang bukanlah waktu untuk menuding jari tetapi untuk bertindak dan seterusnya berusaha gigih dalam memastikan anak-anak bangsa terus berjaya dimasa-masa yang akan datang.

Berjaya di dunia dan akhirat.

Masa remaja adalah masa yang indah, sekaligus masa penuh petualangan. Apakah seorang remaja mahu menjalani petualangannya dengan tawa atau air mata ? Pilihan ada di tangan setiap remaja.

Ini adalah sebuah video klip yang saya jumpa tentang perbuatan remaja-remaja zamn sekarang.

Hello world! Thursday, Aug 14 2008 

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.